Wcrm.chat Pre-Launch

WhatsApp Official API for Live Chat, Team Inbox, Broadcasting & Chatbot


Wcrm.chat ini menggunakan WhatsApp Official API dari 360dialog dan dashboard, frontend and chat panel dari WA.team.

Setiap langganan adalah untuk:

  • 1 WABA (1 nombor WhatsApp Business API)
  • 1 Channel (1 nombor guna 1 channel)
  • FREE 1,000 conversion setiap bulan (rujuk info lanjut di bawah)
  • 50,000 contacts (sistem akan autosave, selain daripada boleh upload list)
  • 3 team member (selain dari admin, untuk manage live chat)

PENTING:

  1. Akaun akan diaktifkan secara manual dan mengambil masa 1 ke 3 hari berkerja.
  2. Tempoh langganan akan bermula pada 1 Ogos 2022 atau selepas akaun diaktifkan (mana yang terkemudian).

Free Bonus!

Untuk memudahkan anda yang ingin setup autoreply dan juga bina WhatsApp chatbot, anda akan dapat sekali akses percuma ke sistem “Wcrm Bot Builder”.

Ini rupa bot builder yang anda akan dapat percuma dengan langganan anda dan boleh digunakan untuk bina Messenger & Instagram chatbot juga (serta autoreply komen dan autoPM).

Antara “block” yang ada dalam bot builder percuma ini…

(Platform ini hanya diberi percuma untuk mereka yang langgan Wcrm.chat semasa tempoh pre-launch dan early bird)

Sebelum anda boleh membuat keputusan untuk melanggan WhatsApp Business API, anda perlu faham apa kelebihan dan juga kegunaannya.

Ini penting supaya hanya yang betul-betul sesuai menggunakan WABA sahaja membuat langganan.

Ini juga untuk mengelakkan ada yang ter-langgan tapi tak dapat nak pakai, dan akhirnya rugi sendirian.

Apa Kelebihan Menggunakan WhatsApp Official API?

Walaupun ada banyak “unofficial WhatsApp API” di pasaran (seperti WaBot), penggunaan API rasmi dari WhatsApp mempunyai beberapa kelebihan:

1. Lebih Stabil

Apabila menggunakan Official API, WhatsApp anda akan di-host-kan oleh WhatsApp Business Solution Provider (BSP) dalam server mereka.

Maksudnya, anda tak perlu install WhatsApp yang nak digunakan ini dalam telefon anda.

Jadi tiada masalah internet slow atau bateri tiba-tiba mati.

2. Lebih Selamat

Disebabkan ini adalah API rasmi dari WhatsApp, pastinya ia dijamin selamat untuk digunakan dan sangat rendah kebarangkalian untuk WhatsApp anda diban.

Kalau WhatsApp ubah sistem atau tambah fungsi-fungsi baru sekalipun, API rasmi ini masih tetap akan boleh digunakan.

Bagaimana WABA Boleh Membantu Anda?

1. Customer Service / Team Chat

Anda boleh guna 1 nombor WhatsApp untuk bisnes anda, dan boleh diakses oleh staf / team anda secara serentak.

2. WhatsApp Chatbot

Masih guna WhatsApp untuk close sale? Anda boleh bina WhatsApp chatbot yang stabil untuk bantu automasikan proses jualan anda.

3. Broadcast / Blast WhatsApp

Salah satu kelebihan bila menggunakan Official API ialah anda boleh hantar WhatsApp broadcast dengan pantas (10 message per second) tanpa perlu risau di-ban oleh WhatsApp.

4. Notification via WhatsApp

Anda juga boleh menggunakan WABA untuk menghantar notifikasi status tempahan / penghantaran.

Nota Tambahan:

  1. Broadcast dan notifikasi akan menggunakan “Template Messages” yang perlu mendapatkan kelulusan WhatsApp.
  2. Kelulusan ini biasanya sangat cepat dan mudah. Ikut pengalaman saya, biasanya amik masa kurang 10 minit.

Bagaimana Anda Dicas Oleh WhatsApp?

Bermula bulan 1 Februari 2022, WhatsApp telah mengubah “pricing model” untuk WABA kepada “conversation base pricing”.

Ini ringkasan tentang apa maksud “conversation base pricing” (dipetik dari halaman ini)


WhatsApp Business API Pricing: How Conversation-based Pricing Works

Compared to sending messages or traditionally opening and closing tickets, conversations enable relationship building with customers. To give customers a fast and conversational experience, rates are now based on 24-hour conversation sessions.

Like notification-based pricing, conversation prices also vary depending on the user’s country code. But, what does a WhatsApp user mean in this context? It’s the person or entity who messages a business.

The current WhatsApp Business Pricing divides conversations into two categories:

  • User-initiated conversations: The user sends the first message. This type of conversation is initiated when a business responds to a user within the 24h session.
  • Business-initiated conversations: The business sends the first message or continues a conversation outside the 24h session. This type of conversation can only be started with pre-approved message templates.

Conversation rates are different for user-and business-initiated conversations. You can check out the costs here.

WhatsApp API pricing conversation based
The two conversation types under the current WhatsApp Business pricing model

Each WhatsApp Business Account (WABA) will receive 1000 Free Tier conversations monthly, which can be user-or business-initiated. If you have more than one number linked to your WABA account, the 1000 free conversations are shared between all your numbers.

Here’s another way to save costs with the current WhatsApp API pricing model: When a user messages a business via Ads that click to WhatsApp or Facebook Page CTA buttons, the first conversation from that entry point is free of charge.


Secara ringkasnya:

  1. WhatsApp akan bahagikan kategori perbualan (conversation) kepada 2 jenis:
    1. User-Initiated – dimulakan oleh customer / prospek
    2. Business-Initiatted – dimulakan oleh kita (pemilik WABA)
  2. Setiap sesi conversation adalah aktif selama 24 jam selepas mesej dihantar / direply oleh user (customer / prospek)
  3. Setiap bulan, setiap WABA diberi 1K conversation percuma (tak kisah siapa yang mulakan perbualan)
    1. Boleh guna untuk terima mesej dari customer / prospek
    2. Boleh juga guna untuk hantar notification ke customer
    3. Boleh juga guna untuk hantar broadcast
  4. Untuk kategori #2 dan #3 di atas, anda perlu submit “template message” untuk dapatkan approval dari WhatsApp terlebih dahulu.

Apa Beza Utama Dulu & Sekarang?

Dulu, semua mesej yang diterima adalah percuma.

Sekarang tidak lagi.

Dulu, setiap mesej yang WABA nak hantar untuk initiate conversation @ session adalah berbayar.

Sekarang tidak lagi.

Sekarang anda diberi 1K kuota percuma untuk terima mesej dan juga hantar @ initiate conversation.

Sekarang, anda bukan dicas per mesej yang dihantar, tapi per conversation yang dimulakan.

Setiap kali anda mulakan conversation, anda boleh hantar unlimited approved template message dalam tempoh 24 jam.

Ada pro & con untuk pricing model baru ini.

Ini gambaran dan kiraan secara kasar untuk beberapa kes / situasi.

Kes #1 – Chatbot / Customer Servis

Kalau anda langgan WABA untuk buat chatbot atau customer service; anda hanya boleh layan 1000 prospek @ customer dengan percuma.

Nampak agak rugi sebab sebelum ni percuma saja.

Tapi jangan risau.

Kos untuk user-initiated conversation jauh lebih murah berbanding business-initiated; iaitu hanya sekitar 8 sen per conversation.

Kes #2 – Order Notification

Kalau anda langgan WABA untuk hantar notification; anda hanya boleh hantar notification kepada 1000 customer dengan percuma.

Boleh jadi hanya 500 atau 340 kalau anda hantar 2-3x notification per order.

Dalam kes ini, anda untung sebab sebelum ini semua notification adalah berbayar, iaito sekitar 18 sen per mesej.

Kes #3 – Broadcast / Blast WhatsApp

Untuk anda yang langgan WABA untuk hantar broadcast, anda sekarang boleh hantar broadcast percuma pada 1000 customer.

Dan anda bukan saja boleh hantar 1 mesej per broadcast, tapi anda boleh hantar beberapa mesej dalam 1 conversation window (tempoh 24 jam).

Jadi jika anda jatuh dalam kategori ke-3 ini, anda sebenarnya sangat untung sebab boleh hantar 1K broadcast sebulan tanpa kos tambahan.

Dan anda boleh hantar beberapa mesej sekaligus, tanpa cas tambahan seperti dulu.

Sekiranya dah habis kuota percuma, anda perlu bayar sekitar 28 sen per conversation (business-initiate conversation punya harga)


Soalan-Soalan Popular


Proses pengaktifan biasanya mengambil masa 1 ke 3 hari.

Walau bagaimanapun, dalam kes-kes tertentu, ianya akan memakan masa 3-7 hari bekerja.

Boleh jadi ya, boleh jadi tidak.

Ianya akan bergantung pada berapa banyak “conversation” anda dalam masa sebulan (rujuk penerangan di atas tadi).

“Session Message” adalah mesej yang dihantar dalam tempoh 24 jam selepas prospek berinteraksi dengan WhatsApp anda dan tidak dikenakan sebarang cas oleh Facebook.

Setiap kali prospek reply mesej anda, tempoh “session” ini akan restart semula dan anda boleh hantar seberapa banyak mesej dengan percuma.

“Template Message” adalah mesej yang dihantar selepas tempoh 24 jam selepas prospek berinteraksi dengan WhatsApp anda dan dikenakan cas oleh Facebook.

Kalau anda nak hantar broadcast atau notification, biasanya itu akan menggunakan “template message”.

Sekiranya sudah habis kuota 1,000 conversation sebulan, bayaran untuk conversation tambahan adalah sekitar 27 sen (bergantung pada kadar Euro > MYR).

Anda dicas per conversation, iaitu sekali untuk tempoh 24 jam.

Bayaran untuk “Template Message” adalah menggunakan konsep “prepaid credit” di mana anda perlu top-up dahulu akaun anda dengan “Euro Credits” (ada dalam dashboard Wcrm.chat).

Setiap template untuk “Template Message” perlu dapatkan approval dari pihak WhatsApp / Facebook.

Tapi jangan risau, prosesnya sangat pantas dan mudah diluluskan.

Anda boleh baca panjang lebar tentang “template message” di link ini atau boleh tanya Wcrm.chat punya support jika perlukan kepastian.

Tak semestinya.

Anda boleh guna nombor WhatsApp anda yang sedia ada, tapi anda perlu delete dulu akaun WhatsApp tersebut sebelum boleh diaktifkan dalam WhatsApp Business API.

Nombor boleh ditukar, tapi perlu tunggu cukup bulan.

Maksudnya, anda hanya boleh gunakan nombor yang baru bermula 1 haribulan, bulan seterusnya.

Sekiranya ingin menukar nombor, pastikan notis diberi dalam 1 minggu lebih awal.

Boleh.

Anda hanya perlu delete nombor WABA dari Business Manager anda, dan aktifkan semula dalam phone.

Sekarang anda tidak perlu mempunyai Business Manager yang verified untuk menggunakan WhatsApp Business API.

Walau bagaimanapun, ada beberapa limitation sekiranya akaun Business Manager anda belum disahkan.

  1. Anda hanya boleh hantar 50 message template sehari
  2. Anda hanya boleh daftar 2 nombor dalam Business Manager tersebut

Anda boleh dapatkan full refund dalam tempoh 7 hari selepas bayaran telah dibuat.


Ada Soalan Lain?

Klik butang di bawah untuk PM tim Wcrm.chat. InsyaAllah kami akan cuba jawab dengan sehabis baik.